Surah Abasa

    He Frowned

    عبس
    Progress1 / 42
    1
    عبس
    عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ
    Click to flip

    You've completed Abasa!

    Swipe or use ← → keys to navigate, Space to flip

    About Surah Abasa

    Abasa, He Frowned, opens by correcting a moment when a blind man seeking guidance was overlooked in favor of the powerful, teaching that sincerity matters more than status. It then points to the human's own creation and the food that grows from the earth as reasons for gratitude and humility before Allah.

    Sincerity over statusHumilityGratitudeReflection on creation

    Arabic: Uthmani script (Hafs). Translation: Malay (Bahasa Melayu). Recitation: Mishary Rashid Alafasy. See Sources for full attribution.

    Surah Abasa (He Frowned)

    Surah 80 of the Holy Quran · Meccan · 42 verses

    Also spelled: He Frowned

    Surah Abasa (He Frowned) is the 80th chapter of the Holy Quran. It was revealed in Mecca and contains 42 verses (ayahs). Read it below with the Arabic text, transliteration, and Malay translation, or open it as interactive flashcards to memorize it verse by verse.

    Read the full surah as text
    1. 80:1

      عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

      'Abasa wa tawallaa.

      Ia memasamkan muka dan berpaling,

    2. 80:2

      أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ

      An jaa-ahul 'a-maa

      Kerana ia didatangi orang buta.

    3. 80:3

      وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ

      Wa maa yudreeka la'allahu yaz zakkaa.

      Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

    4. 80:4

      أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ

      Au yaz zak karu fatanfa 'ahuz zikraa.

      Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

    5. 80:5

      أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ

      Amma manis taghnaa

      Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

    6. 80:6

      فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

      Fa-anta lahu tasaddaa

      Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

    7. 80:7

      وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

      Wa ma 'alaika allaa yaz zakka.

      Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

    8. 80:8

      وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ

      Wa amma man jaa-aka yas'a

      Adapun orang yang segera datang kepadamu,

    9. 80:9

      وَهُوَ يَخْشَىٰ

      Wahuwa yakhshaa,

      Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

    10. 80:10

      فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

      Fa-anta 'anhu talah haa.

      Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

    11. 80:11

      كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌۭ

      Kalla innaha tazkirah

      Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

    12. 80:12

      فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

      Faman shaa a zakarah

      Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

    13. 80:13

      فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ

      Fi suhufim mukar rama,

      (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

    14. 80:14

      مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ

      Marfoo'atim mutah hara,

      Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

    15. 80:15

      بِأَيْدِى سَفَرَةٍۢ

      Bi'aidee safara

      (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

    16. 80:16

      كِرَامٍۭ بَرَرَةٍۢ

      Kiraamim bararah.

      (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

    17. 80:17

      قُتِلَ ٱلْإِنسَٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ

      Qutilal-insanu maa akfarah.

      Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

    18. 80:18

      مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ

      Min aiyyi shai-in Khalaq

      (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

    19. 80:19

      مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ

      Min nutfah; khalaqahu faqad-darah.

      Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

    20. 80:20

      ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ

      Thummas sabeela yas-sarah

      Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

    21. 80:21

      ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ

      Thumma amatahu fa-aqbarah

      Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

    22. 80:22

      ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ

      Thumma iza shaa-a ansharah

      Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

    23. 80:23

      كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ

      Kalla lamma yaqdi maa amarah.

      Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

    24. 80:24

      فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ

      Falyanzuril insanu ilaa ta-amih

      (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

    25. 80:25

      أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّۭا

      Anna sabab nalmaa-a sabba.

      Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

    26. 80:26

      ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّۭا

      Thumma sha qaqnal-arda shaqqa.

      Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

    27. 80:27

      فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّۭا

      Fa ambatna feeha habba

      Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

    28. 80:28

      وَعِنَبًۭا وَقَضْبًۭا

      Wa 'inabaw-wa qadba

      Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

    29. 80:29

      وَزَيْتُونًۭا وَنَخْلًۭا

      Wa zaitoonaw wanakh la'

      Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

    30. 80:30

      وَحَدَآئِقَ غُلْبًۭا

      Wa hadaa-iqa ghulba

      Dan taman-taman yang menghijau subur,

    31. 80:31

      وَفَٰكِهَةًۭ وَأَبًّۭا

      Wa faki hataw-wa abba.

      Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

    32. 80:32

      مَّتَٰعًۭا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ

      Mata'al-lakum wa li-an'amikum.

      Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

    33. 80:33

      فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ

      Faiza jaa-atis saakhah.

      Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

    34. 80:34

      يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

      Yauma yafir-rul mar-u min akheeh

      Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

    35. 80:35

      وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

      Wa ummihee wa abeeh

      Dan ibunya serta bapanya,

    36. 80:36

      وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

      Wa sahi batihee wa baneeh.

      Dan isterinya serta anak-anaknya; -

    37. 80:37

      لِكُلِّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍۢ شَأْنٌۭ يُغْنِيهِ

      Likul limri-im-minuhm yaumaa-izin shaa nuy-yughneeh

      Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

    38. 80:38

      وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ مُّسْفِرَةٌۭ

      Wujoo huny-yauma-izim-musfira;

      Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

    39. 80:39

      ضَاحِكَةٌۭ مُّسْتَبْشِرَةٌۭ

      Dahi katum mustab shirah

      Tertawa, lagi bersuka ria;

    40. 80:40

      وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌۭ

      Wa wujoohuy yauma-izin 'alaiha ghabar a

      Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

    41. 80:41

      تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ

      Tarhaquha qatarah.

      Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

    42. 80:42

      أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ

      Ulaa-ika humul-kafa ratul-fajarah.

      Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.