Surah Al-Infitar

    The Cleaving

    الانفطار
    Progress1 / 19
    1
    الانفطار
    إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ
    Click to flip

    You've completed Al-Infitar!

    Swipe or use ← → keys to navigate, Space to flip

    About Surah Al-Infitar

    Al-Infitar, the Cleaving, describes the sky splitting open and the scattering of all things on the Last Day. It asks the human being what has deceived them about their generous Lord, reminds them of the angels recording their deeds, and contrasts the joy of the righteous with the regret of the wicked.

    The Last DayWhat deceives the humanThe recording angelsReward and regret

    Arabic: Uthmani script (Hafs). Translation: Malay (Bahasa Melayu). Recitation: Mishary Rashid Alafasy. See Sources for full attribution.

    Surah Al-Infitar (The Cleaving)

    Surah 82 of the Holy Quran · Meccan · 19 verses

    Also spelled: Al Infitar, AlInfitar, Infitar, The Cleaving

    Surah Al-Infitar (The Cleaving) is the 82th chapter of the Holy Quran. It was revealed in Mecca and contains 19 verses (ayahs). Read it below with the Arabic text, transliteration, and Malay translation, or open it as interactive flashcards to memorize it verse by verse.

    Read the full surah as text
    1. 82:1

      إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ

      Izas samaaa'un fatarat

      Apabila langit terbelah;

    2. 82:2

      وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ

      Wa izal kawaakibun tasarat

      Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

    3. 82:3

      وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ

      Wa izal bihaaru fujjirat

      Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

    4. 82:4

      وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

      Wa izal qubooru bu'sirat

      Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

    5. 82:5

      عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

      'Alimat nafsum maa qaddamat wa akhkharat

      (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

    6. 82:6

      يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ

      Yaaa ayyuhal insaaanu maa gharraka bi Rabbikal kareem

      Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

    7. 82:7

      ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ

      Allazee khalaqaka fasaw waaka fa'adalak

      Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

    8. 82:8

      فِىٓ أَىِّ صُورَةٍۢ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ

      Feee ayye sooratim maa shaaa'a rakkabak

      Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

    9. 82:9

      كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ

      Kalla bal tukazziboona bid deen

      Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

    10. 82:10

      وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَٰفِظِينَ

      Wa inna 'alaikum lahaa fizeen

      Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

    11. 82:11

      كِرَامًۭا كَٰتِبِينَ

      Kiraaman kaatibeen

      (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

    12. 82:12

      يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

      Ya'lamoona ma taf'aloon

      Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

    13. 82:13

      إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍۢ

      Innal abraara lafee na'eem

      (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

    14. 82:14

      وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍۢ

      Wa innal fujjaara lafee jaheem

      Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

    15. 82:15

      يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ

      Yaslawnahaa Yawmad Deen

      Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

    16. 82:16

      وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ

      Wa maa hum 'anhaa bighaaa 'ibeen

      Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

    17. 82:17

      وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

      Wa maaa adraaka maa Yawmud Deen

      Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

    18. 82:18

      ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

      Summa maaa adraaka maa Yawmud Deen

      Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

    19. 82:19

      يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌۭ لِّنَفْسٍۢ شَيْـًۭٔا ۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍۢ لِّلَّهِ

      Yawma laa tamliku nafsul linafsin shai'anw walamru yawma'izil lillaah

      (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.